Saturday, June 16, 2012

Being me

Assalamualaikum~

Kenapa semua orang nak ada blog? No. I'm not asking you. I'm asking me, myself. Aku ada blog since aku form 1 lagi tapi, takpenah konsisten. Huehuehue. Iye ni gelak gedik. Bila tak konsisten, aku takpenah rasa ada orang baca blog aku. Tak kisah pon. In fact, aku pelik bila orang berkejar-kejar tambah readers. Contoh macam kat chatbox :

Situasi 1 :

"Hi there. Nice blog. Hit me back."

Apa yang aku faham, dia suruh aku pukul balik. Ye, kalau beliau ada depan aku, haruslah aku pukul guna batang kayu api.

Situasi 2 :

"I dah follow you. Follow me back"

Bila baca mesej macam ni, aku akan terbayang Encik Gendut warna kuning menyanyi I will follow you. Ok, iklan tu sangat seram sebab kostum dia sangat errr err seksi?

So, aku sungguh takfaham ngapain nak kena kejar readers? Biarlah orang nak baca ke tak. Hak masing-masing kan? Bukan semua orang suka cara penulisan kita.

Bosankan? Ok, dah boleh tekan cancel kat top right corner tu. Tak tak. Aku tak marah. Aku doakan kalian bahagia hendaknya dengan ijin Allah :)

Oh, beberapa hari lalu (puiii ayat takmau skema lagi), tengah lepak ramai-ramai dengan sang kanak-kanak kat kondok ayahanda, macam biasa, haruslah aku yang jadi penglipur lara, saje la bukak cerita ilmiah sikit.

"Besar nanti nak jadi apa?" Aku.
"Cikgu"
"Askar"
"Pemain bola professional"
"Doctor"
"Business man"
"Taktau lagi"

As expected. Jawapan yang sangat mengikut skema jawapan yang disediakan Lembaga Tanah.

"Fikir betul-betul nak jadi apa" Aku.
"Kenapa?"
"Sebab bila besar tau dah nak fokus kat mana" Aku.
"Maksu nak jadi apa?"
"Kalau jawab nak jadi Sasterawan Negara, agak-agak kena hempuk tak dengan Wan? Setakat ni I'll stick to the plan. Engineer." Aku.
"Best ke?"
"Taklah sebest makan Char Kuey Teow bersama Tembikai Laici kegilaan ramai tu. Potensi untuk end up kat Tanjung Rambutan tu ada" Aku.
"Hoii janganlah melemahkan semangat budak-budak ni." Kakak aku.
"Kalau nak ambik engineering. fikir masak-semasak-masaknya sampai rentung pun tak apa. Jangan pilih sebab dia ala-ala glamour. Nama je glamour, study macam nak meletop kepala, kerja pon gaji takde la masyuk sangat"
"Habis kenapa maksu pilih jugak?"
"Sebab maksu suka and maksu tau maksu nak buat course ni and maksu tau maksu boleh buat. Tapi kalau tengah down memang lagi down daripada mantel bumi." Aku.

Exaggerate. Haha. Tapi kenyataan lah. Taktau lah kalau aku je rasa macam ni. Penat kan bila kerja banyak tapi cuti takbuat apa pon lepastu pot-pet-pot-pet kerja menimbun esaimen macam Gunung Everest. Ye, bila aku membebel, kerja aku akan siap dengan sendiri. Choiii!

p/s: aku masih legend sebab dolu-dolu bila orang tanya nak jadi apa, jawapan aku dengan yakin dan gagah, "Kereta Bomba".

1 comment:

  1. hahahaha...im laughing ble baca nk jadik 'kereta bomba'...whatt???hehehehe
    jdk engineer not bad at all...ad masa relax giler, ade mse mcm nk hantuk kepala kt dinding...bt all this while, bile org tye..knape still nk jd engr dok tgh2 panas jg premix la ape laa...ape yg bole ckp, im happy with what im doing...& i got my life with it...
    hehehheee...suker part time blaja mcm nk pecah kepala tp biler da kje lg rase nk pecah kepala sbb kne please rmai org...terutama BOSS!!!
    u, gudluck.....

    ReplyDelete