Wednesday, December 26, 2012

Syukur yang susah

Curik sikit masa dalam lelah menyiapkan assignment (2 minggu lagi FINAL warghhhh!!!)

dalam penat lelah ni, aku selalu tertanya-tanya. Kadang-kadang rasa macam orang gila pun ye jugak. Kenapa aku tak pandai macam kawan-kawan aku. Kenapa aku tak segenius diorang? kenapa aku tak secantik diorang. Kenapa kenapa dan kenapa.

Betul. Aku bukan manusia yang bersyukur. *istighfar* syukur itu indah yang susah *sighhh*

"maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kau dustakan" -[ar-Rahman]

Wednesday, August 29, 2012

Emosi

Howdie!
Ye post 2-3 menjak ni akan menjadi post yang sangat emosi. Eh kau tak suka? Nampak butang pangkah atas tu, sila lah klik. Eh jap jap, ada ke orang baca? Hahaha. Perasan sorang-sorang.

Baru balik daripada usrah. Apa? Aku join usrah? Ye benar. Aku join usrah. Apa? Aku tak nampak macam orang join usrah? Ye benar. Tiada yang benar melainan yang benar-benar belaka. Ada orang tanya kenapa aku join usrah. Kalau nak ingat sejarah usrah aku, bukanlah sesuatu yang indah. Ye, aku kategori ketegaq. Haha. My life is all about run away! Dan aku tak salahkan orang bila orang mengata, melabel aku sebagai ignorance. I'm that one.

Aku paksa diri sendiri untuk join jugak usrah kat uni sebab aku rasa usrah mampu ingatkan aku yang aku ni hidup di bawah pengawasan Dia di atas sana. Sebab aku ni manusia yang sentiasa sesat. Bukan setakat nak balik rumah pon sesat kadang-kadang (kalau takbalik 4-5 bulan), nak pegi mana-mana pon aku sentiasa sesat -,-' Maka terserlahkan keperluan aku untuk berusrah kan?

Berangkatlah kamu dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui
[At-Taubah] :')

Aku selalu rasa takcukup. Incomplete. Perghh ala-ala Backstreet Boys giteww. Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku takjadi macam usrahmet (sahabat seusrah) yang lain. I adore them. Much. Diorang muslimah sejati. Tudung sentiasa labuh, baju longgar labuh. Senang kata mengikut syarak la. Tapi aku? Kalau kau jumpa aku kat luar, kau takkan sangka aku ni kanak-kanak usrah (biarlah aku perasan kanak-kanak ishh). I'm soooo in love with fashion. Seriously. Aku suka tengok fashion yang cantik-cantik. Tapi alhamdulillah setakat ni aku bukan mangsa fashion yang taksub dengan fashion terbaru terhangat dipasaran. Aku tau fashion terbaru, tapi aku tetap dengan something nice and simple. Ada orang kata too plain atau too dull atau too simple atau selekeh. Tapi aku suka, kau pedulik hapaaaa. Tengok pakaian aku pon kau tak lalu punyalah. Pegi kelas pakai jersi bola cardigan jeans lusuh tudung bawal or syria or shawl. Kadang-kadang nak rasa ayu (rajin nak iron), pakai la blouse bunga-bunga cinta. Tapi sampai mood nak berfashion aku, harus aku mix and match apa yang ada dalam wardrobe aku. Aku takmooo jadi fashionistaaaa. Aku mau jadi aku saje.

Itu baru bab pakaian aku. Perangai aku? Aha, kalau kau tengok akak-akak usrah, muslimat-muslimat usrah, apa expectation kau? Harus mereka bercakap dengan lemah lembut, tersenyum malu, tersusun, sopan snatun dan segalanyalah. Tapi kalau kau tengok aku, kau wajib hantuk kepala kat dinding. Yang cakap ala-ala ketua gangsta Bukit Bintang, kadang-kadang boleh jadi macam along mintak hutang, gelak ala-ala Kurita (kurita boleh gelak ke), membuli macam Ultraman Seven salah masuk cip, haaa macam tu la aku, mungkin lagi dasyat. Serious. Sampai kena tego dengan ustaz aku, time kelas tenung ustaz macam nak ajak bertumbok tepi simpang tiga. Cakap dengan lecturer (lelaki), dah macam brader-brader je. Ngaaa macam mana aku nak berubah macam usrahmet akuuuuu???

Nampak tak kenapa aku sangat perlukan usrah? Aha, kalau kau pun ada sindrom2 macam aku, harus korang cepat-cepat cari usrah. Aku berani jamin, kau takkan menyesal. Jangan penah rasa tak layak nak join usrah. Pegi je. Even time usrah kau tidur, takpe. At least kau pegi. Even kau rasa tak ikhlas, rasa terpaksa, pegi je. Satu je aku nak kate, Allah tu sangat sweet :')



p/s: kalau kau boleh teka yang mana satu aku, nescaya kau percaya cerita aku

Sunday, August 19, 2012

bukan

Boleh tak hari ni nak post cerita sedih? Apa perasaan kau bila ada orang kata

"The picture is perfect without you in it."

Dan apa perasaan kau bila yang berkata tu, salah sorang orang paling dekat dengan kau? And it happened to me. Dan aku nyaris meleleh. Kekeke. Rare sungguh manusia bernama 'aku' ni meleleh. Entah kenapa aku sensitif sangat 2-3 hari ni.

Mungkin orang yang berkata tu bergurau, tapi bila dia selalu layan aku macam sampah, aku mula berburuk sangka. Ye, tampar aku laju-laju. And when everyone kept telling me that I'm the ugliest, semua benda tak kena, aku kena tahan air mata supaya aku tak meleleh kat situ jugak. Yet, I've to face the truth, I'm not as beautiful as they are. Tu kenyataan yang aku sedar dari dulu lagi. Cuma bila ada yang tolong ungkapkan, rasa macam badan aku kena siat-siat, kena panggang. Sakit.

Dan bila semua orang mula marah-marah dengan aku, aku meleleh, tapi bukan kat situ. Dan bila semua orang bergelak ketawa dengan dia, aku rasa, ye mungkin ada sesuatu kat aku yang orang tak suka. Aku bukan orang yang kurang kasih sayang, cuma sedih bila kena layan macam sampah.

Semoga Allah sentiasa bersama aku supaya aku kuat :)

Tuesday, June 19, 2012

Perwira

 

Semalam (Ahad) sehari suntuk join Seminar 1453 Al-Fateh. Secara general aku sangat suka seminar ni. Tak tak. Aku bukan nak bagi komen pasal program ni. Cuma, aku bersyukur sangat,  makin ramai yang anjurkan program Islamik macam ni. Alhamdulillah Alhamdulillah. Kalau aku cakap aku suka pegi program-program macamni, maksud aku, program-program yang berbentuk perbentangan macam ni. Aku tau ada orang respon macam ni,

"Kau pegi program-program macam ni. Tak funlah kau ni."

Atau kalau aku kata aku suka pegi program perbentangan Islamik, respon yang aku dapat,

"Alimnya pegi program macam ni~~"

Tak fun? Sebab aku terlampau mengejar 'fun' lah aku pergi program-program macam ni. Sebelum 'fun' tu tolak aku terus masuk neraka, jiwa aku perlukan pengisian yang orang kata tak fun ni. Somehow, jiwa aku rasa fun. Alim? Kalau orang kenal aku, tak mungkin orang kata aku alim. Dan sebab ketidak aliman aku tu, aku suka pegi program yang sentiasa ingatkan aku tentang orang-orang alim.

Dan aku manusia yang sangat memilih. Aku takkan pegi program atau talk yang aku rasa penceramah tak best yang boleh menyebabkan aku tidur. Sebab ia sangat memalukan aku. Bila aku kata tidur, sila tau yang aku juara tidur, di mana-mana, bila-bila masa dan bergaya bebas. Sebelum aku pegi mana-mana talk atau program, aku akan tanya orang-orang yang kenal penceramah ni, dapat feedback best baru aku pegi. Ye, aku manusia normal yang cepat bosan.

Ok, sambung cerita pasal Seminar 1453 Al-Fateh. Betol kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Oh aku dah jatuh cinta haha. Selama ni aku cuma tau Al-Fateh adalah hamba Allah yang tawan Constantinople je. Dan baru semalam aku tau Constantinople tu Istanbul kat Turki. Ye, aku lemah general knowledge. Dan semalam baru aku tau pasal perjalanan Al-Fateh sebelum, semasa dan selepas menawan Constantinople.

Aku terasa betapa rendahnya aku bila tau Al-Fateh dah berazam untuk tawan Constantinople sejak kecik lagi. Waktu Sultan Al-Fateh memangku takhta ayahanda dia, Sultan Murad yang bercuti, dia baru umur 12 tahun, tapi dia boleh declare yang dia nak tawan Constantinople. 12 tahun. 12 tahun! Weh, waktu aku 12 tahun, sebok tolong jadi posmen cinta kawan-kawan aku yang konon-kononnya couple. Puiiii. Malunya aku.

Ada satu perkara yang sangat bermakna yang aku belajar daripada kisah Al-Fateh ni. Beberapa hari sebelum Sultan Al-Fateh dan tentera Islam yang awesome tawan Constantinople, terjadi tragedi ramai tentera Islam syahid diserang tentera Byzantine. Time tu Sultan Al-Fateh down. Down sangat-sangat sampai dia nak give up dah. Tapi alhamdulillah, kata-kata semangat daripada Sheikh Aq Shamsuddin, tok guru kepada Sultan Al-Fateh menyebabkan Sultan Al-Fateh semangat balik dan akhirnya berjaya tawan Constantinople. Ye, tak kira sehebat manapun manusia tu, dia tetap ada masanya yang dia jatuh, nak give up. Sebab tu kita kena ada orang yang boleh tarik kita bila kita jatuh. Dan alhamdulillah, aku ada ramai yang nak tolong tarik aku. Syukur ya Allah :')

Surah Al-Fath ayat pertama, ayat kegemaran Sultan Al-Fateh, harini menjadi ayat semangat untuk aku :)


 
" Verily We have granted thee a manifest Victory"

Janji Allah satu kepastian. Kalau janji manusia ada 2 pilihan, tunai atau tak. Tapi janji Allah tak pernah ada pilihan. Sentiasa satu kepastian.

p/s : Semoga bakal zuriat-zuriat aku dan kalian menjadi Al-Fateh yang membuka kota Romawi yang masih menunggu Sang Perwira. Amin :)

Saturday, June 16, 2012

Being me

Assalamualaikum~

Kenapa semua orang nak ada blog? No. I'm not asking you. I'm asking me, myself. Aku ada blog since aku form 1 lagi tapi, takpenah konsisten. Huehuehue. Iye ni gelak gedik. Bila tak konsisten, aku takpenah rasa ada orang baca blog aku. Tak kisah pon. In fact, aku pelik bila orang berkejar-kejar tambah readers. Contoh macam kat chatbox :

Situasi 1 :

"Hi there. Nice blog. Hit me back."

Apa yang aku faham, dia suruh aku pukul balik. Ye, kalau beliau ada depan aku, haruslah aku pukul guna batang kayu api.

Situasi 2 :

"I dah follow you. Follow me back"

Bila baca mesej macam ni, aku akan terbayang Encik Gendut warna kuning menyanyi I will follow you. Ok, iklan tu sangat seram sebab kostum dia sangat errr err seksi?

So, aku sungguh takfaham ngapain nak kena kejar readers? Biarlah orang nak baca ke tak. Hak masing-masing kan? Bukan semua orang suka cara penulisan kita.

Bosankan? Ok, dah boleh tekan cancel kat top right corner tu. Tak tak. Aku tak marah. Aku doakan kalian bahagia hendaknya dengan ijin Allah :)

Oh, beberapa hari lalu (puiii ayat takmau skema lagi), tengah lepak ramai-ramai dengan sang kanak-kanak kat kondok ayahanda, macam biasa, haruslah aku yang jadi penglipur lara, saje la bukak cerita ilmiah sikit.

"Besar nanti nak jadi apa?" Aku.
"Cikgu"
"Askar"
"Pemain bola professional"
"Doctor"
"Business man"
"Taktau lagi"

As expected. Jawapan yang sangat mengikut skema jawapan yang disediakan Lembaga Tanah.

"Fikir betul-betul nak jadi apa" Aku.
"Kenapa?"
"Sebab bila besar tau dah nak fokus kat mana" Aku.
"Maksu nak jadi apa?"
"Kalau jawab nak jadi Sasterawan Negara, agak-agak kena hempuk tak dengan Wan? Setakat ni I'll stick to the plan. Engineer." Aku.
"Best ke?"
"Taklah sebest makan Char Kuey Teow bersama Tembikai Laici kegilaan ramai tu. Potensi untuk end up kat Tanjung Rambutan tu ada" Aku.
"Hoii janganlah melemahkan semangat budak-budak ni." Kakak aku.
"Kalau nak ambik engineering. fikir masak-semasak-masaknya sampai rentung pun tak apa. Jangan pilih sebab dia ala-ala glamour. Nama je glamour, study macam nak meletop kepala, kerja pon gaji takde la masyuk sangat"
"Habis kenapa maksu pilih jugak?"
"Sebab maksu suka and maksu tau maksu nak buat course ni and maksu tau maksu boleh buat. Tapi kalau tengah down memang lagi down daripada mantel bumi." Aku.

Exaggerate. Haha. Tapi kenyataan lah. Taktau lah kalau aku je rasa macam ni. Penat kan bila kerja banyak tapi cuti takbuat apa pon lepastu pot-pet-pot-pet kerja menimbun esaimen macam Gunung Everest. Ye, bila aku membebel, kerja aku akan siap dengan sendiri. Choiii!

p/s: aku masih legend sebab dolu-dolu bila orang tanya nak jadi apa, jawapan aku dengan yakin dan gagah, "Kereta Bomba".