Sunday, September 1, 2013

Realiti

dah lama sangat aku 'tidur'. aku kena bangun. aku WAJIB bangun.

seminggu lagi final exam. ye aku tau, semua orang macam 'ehh bukan kau baru final ke tuari?'

inilah salah satu benda yang aku kena terima bila belajar kat universiti yang terlalu produktif. setahun 3 semester. satu semester 3-4 bulan. cuti 2-3 minggu. emm. sebab tu kadang-kadang hidup aku bukan macam manusia.

rupa aku kadang-kadang

dah hujung-hujung ni lecturers berlumba-lumba nak bagi assignment. semua benda tak siap lagi, buku tak bukak lagi. ada satu mini project kena design lift. lusa kena present. dan aku taktau nak buat apa-apa. letih berfikir. letih badan. terlampau banyak tekanan, asyik kena migrain, asyik telan drugs. sampai mak aku risau. and she keeps telling me to throw away my drugs. aku tau mom risau aku kena diagnose, depressed. 

yep. aku merungut lagi. sebab aku taktau nak cakap dengan siapa. haha. yep itulah aku. loser me. kan?

serius, aku tak reti nak buat coding-coding. tak suka. bukan aku tak try, tapi memang tak boleh buat. emm. tak aku tak salahkan lecturer tapi memang aku tak boleh buat. setakat c prog tu boleh la sikit-sikit tapi bila dah masuk micro-p, micro-c, brain aku macam aku signboard 'no entry' je.

dan serius, aku jarang nak kata 'aku tak boleh buat' apa-apa subjek. bukan riak, bukan hebat sangat, dan aku bukan student DL. tapi apa-apa subjek pon, at least aku faham dan boleh la nak tembak-tembak. tapi bila kena subjek yang perlukan coding, aku macam....... 


bila aku tak boleh buat, aku rasa down. down gila. sampai satu point, macam ada satu fikiran jahat masuk dalam brain, yang bagitau brain aku 'padan muka! siapa suruh ambik engine!! rasakan'. kadang-kadang dia kata 'kau takboleh buat engine! sebab kau bodoh sangat!'.

Allah. Allah. Allah. 

letih berperang dengan brain sendiri. 

macam orang gila, kan? haha.

brothers and sisters out there,
tolong bagi aku kata-kata semangat.

engineers out there,
tolong bagitau aku realiti.

*laplap air mata* 

pasal MERAH, insyaAllah, izin Allah, kita ketemu lagi lepas aku bernafas lega.

Horizons: Ceuse | France (by Tim Howard)
mau!!
 

Tuesday, June 11, 2013

merungut yok

aku dapat banyak email, takde la banyak pon sebenarnya, 3 ketui je heh. tanya aku, bila nak sambung Merah. bila aku baca je, rasa terharu betul. ye. aku memang senang terharu. waiter ambik order aku dengan senyuman lebar dahi ke dahi pun aku akan rasa terharu. lagi-lagi bila aku lapar tahap macam nak mengesot. ok lari topik.

bukan aku taknak sambung tapi tak sempat lagi nak pegang laptop. rindu weh nak ketuk-ketuk keyboard.

sem baru mula. nak kena uruskan subject registration. sem ni aku agak teruji bila ada subject yang aku nak ambik dah penuh. jenuh aku turun naik ofis jumpa HOD la Deputy Dean la. sebenarnya memang salah aku pun, daftar lambat. so aku tak layak nak merungut kata abang aku.

lepastu kena panggil meeting dengan ostad dan dimaklumkan aku dilantik jadi hicom satu persatuan bawah kelolaan masjid. haaa takut tak bunyi? menggigil weh. dah kenapa aku yang kena jadi. masjid pun seminggu sekali je aku jejak. bincang punya bincang, ok aku terima. sebab katanya, persatuan ni perlukan orang yang berani bersuara. wahh gituww! padahal sampai sekarang aku asyik fikir bila masanya aku berani bersuara? aku berani sembang kencang ala brader-brader je, depan ostad misai tebal aku senyap dan naif je.

lepastu aku kena paksa pegi kem pemantapan under persatuan. mula-mula aku puas ngelat bagi alasan dari logik 'saye kena jaga rumah' ke karut 'kucing saye takboleh tidur malam kalau saye takde', aku cuma nak melaksanakan pepatah 'taknak seribu dalih'. semua kena rejek mentah-mentah. ok fine la aku pegi. ingat kem yang macam biasa yang aku pegi. panjat gunung solo nightwalk survival modul dan dotdotdot. sampai sana baru tau kem ni kem yang setiap modul dan aktiviti akan terlibat dengan air. aku dah happy gila dah. maklumlah bak kata mak aku, aku ni lahir kembar dengan ikan duyung. air dengan aku takboleh dipisahkan.

start je program, kitorang kena campak masuk air sepanjang program. ok bunyi seronok dan senang kan? dah kalau air tu sejuknya aku rasa dah capai takat sejukbeku, dengan kena jalan rentas sungai lawan arus deras, gila! silap langkah hanyut sampai kutub utara, tauu? ada modul yang kena baring biar badan hanyut, bunyi best kan? tapi air cetek, batu besar tajam, bercalar weh belakang aku!! 3 hari 2 malam yang cukup buat tulang-tulang aku macam kena lipat-lipat. serius tak tipu lagi penat dari panjat gunung (aku tak lembik ok. aku ada 18 pax ye).

balik kem, kena setel kursus kawin. wahahahaa. rasa dewasa sangat tauuu. haha. leceh gila nak handle kursus kawin. dah la takboleh join sebagai peserta.

banyak betul benda nak merungut. biasalah. aku typical student yang suka merungut wahahaha.

nanti aku sambung Merah okay ^_^

Monday, June 3, 2013

.....

dia yang sentiasa menunggu peluang. tunggu dalam pelarian. tunggu dalam penafian. heh. sampai semua peluang susah nak capai.

bila benda depan mata, dia kata,

ahh. biarkan kat situ. aku perlukan masa yang panjang untuk berfikir. ia takkan ke mana.

bila benda hilang dari mata, dia menangis,

kenapa dunia tidak adil dengan aku!

heh. manusia kan? sentiasa menyalahkan dunia dan takdir bila semuanya tidak seperti yang dia rancang. hilang kekasih, dia telan panadol 13 biji. hilang duit, habis dicanang satu kampung. bodoh. itu mungkin perkataan yang dianggap kasar. tak ramai mampu terima kenyataan diri sendiri yang bodoh bertingkat-tingkat.

tersangat bodoh bila benda ada tapi kau buat-buat taknampak. lebih tersangat bodoh bila kau kehilangan, kau memaki tuhan. katanya tuhan tidak adil.

bodoh.

kata mereka, manusia yang sentiasa memberi peluang lebih baik daripada manusia yang sentiasa mencari peluang.

kata aku, god gives the hardest test to his strongest army.

Sunday, May 12, 2013

datang lagi

phewww... dah tamat contract alhamdulillah.

tak senang. tak senang. tak senang.

betul, tak ada benda yang mudah atas muka bumi ni. kata orang, nak makan pun kena suap masuk mulut dulu, kena kunyah dulu. tak senang kan?

dapat tawaran untuk teruskan kerja. tak ada sistem-sistem contract, maknanya kerja tetap.

jujur, aku suka walaupun kerja tak menentu. hidup huru-hara. enjoy walau tension.
tapi dengan penuh kejujuran, aku menolak.
aku masih pelajar engineering.
masih merangkak menyiapkan degree.
kerja tu, tak ada kena mengena langsung dengan bidang aku.
betul. aku suka dengan kerjanya.
tapi maaf. bukan bidang aku. bukan minat aku jugak.
setakat ni.

kata orang tawaran tu datang sekali je.
siap tawarkan nak hantar aku belajar course yang ada kena mengena dengan kerja yang ditawarkan
kat oversea
dengan syarat aku berhenti engineering
dan setuju untuk kerja ni
maaf sejuta kali maaf
aku masih aku.

siapa tahu, lepas habis degree, datang penyakit gila aku, nak lari bidang. siapa tahu kan?

Allah tau ^_^

Thursday, April 4, 2013

currently not available

bertapa kat wad bersalin
menunggu keajaiban dari Allah
tak.
bukan aku yang nak bersalin.
after a bunch of kids,
masih teruja-seram-risau--
untuk kakak yang di sana,
doalah.
doa dan kasih sayang kami tak penah habis untuk kakak
untuk anakku yang bakal melihat dunia,
kau dah berjanji dengan Allah
peganglah.

proses menghabiskan Merah akan jadi lambat sikit. maaf. doakan :)

Friday, March 22, 2013

jom beli porno kat kedai buku?

berpenat lelah menyiapkan research journal, last part. and wallaaa! done. celebrate dengan dengar ceramah pasal akhirat dalam sejam, lepastu, ayam penyet la titeww.

balik, takde kerja. padahal next week first paper. heihh. blogwalking, mencari sesuatu yang boleh menyentak hati. and I found this. terketar jari nak menaip pasal ni. tapi, aku takmampu dah nak simpan sorang-sorang. nak baca silakan, taknak, butang pangkah ada kat atas kanan tu. kalau nak baca, sila bukak dada dan bukak fikiran.


dari blog sis Hajar . sesuatu yang aku rasa macam 'ooo emmm geee. sama la dengan apa kat otak titeww'. 

tak. aku bukan nak mengkritik, ape lagi menghina karya orang lain. cuma, aku sebagai pembaca, aku ada perspektif dan pandangan aku dengan novel. mungkin aku taklayak komen pasal benda ni, sebab aku jarang baca novel. tapi aku pernah 'terserempak' dengan novel macam ni satu mase dulu.

mengambarkan kasih sayang atau kemanisan atau kebahagiaan atau romantis, bukan setakat melihat hubungan dalam bilik je, banyak sudut lain yang boleh kita tengok dan gambarkan, yang kita tau, orang ni bahagia. sama la dalam novel pun. aku faham, diorang nak tunjuk betapa sweet-nye suami isteri ni, tapi, takperlu sampai ke 'hubungan atas katil'. malu. aku malu.

dan aku takut. bila aku tengok anak-anak remaja yang baru nak naik jadi remaja, pegang novel-novel melayu. sebab aku takut kalau diorang baca dan terlebih advance. aku malu.

bukannya aku bising pasal novel melayu dan menghalalkan novel english yang laagi banyak scene-secene 'pelik-pelik' ni. tapi, barat, itu budaya diorang. sukahati jiwa tok nenek cerita, sharing 'cerita dalam kelambu' dengan orang lain. heh. takpayah kata setakat bercerita. siap ada muzium pasal ni lagi.[jangan baca novel english yang macam ni ok?] tapi kita? kita ada ke budaya, atau adat, paling penting dari pandangan islam yang menghalalkan semua ni?

aku jugak menulis. dan kalau ada yang mengharap aku menulis scene-scene macamni, awal-awal aku surrender. bukannya aku baik sangat. serius. tapi, aku tak reti dan aku masih berpegang dengan satu perkataan - MALU.dan kalau sebab ni aku dilabel kuno atau conservative.ye itu la aku. kuno dan conservative.

aku teringat sorang kawan aku bercerita pasal satu novel melayu. ye. aku jarang baca dan tengok novel melayu mahupun cerita melayu. tapi aku ada my personal story teller. haha. dia cakap dia marah sangat adik dia baca novel tu. sebab adik dia tanya, terlanjur tu tak berdosa ke? hah. amek kau. tak ke ternganga si kakak ni. jadi, kawan aku pon baca la novel tu jugak. nak di jadikan cerita, kawan aku cakap, dalam novel tu hero dengan heroin terlanjur. tapi semua watak lain (mak ayah and bla bla bla ) releks je dengan benda tu macam 'ala, benda dah jadi. nak buat cemane. bukan boleh undur pon'. siap hero and heroin boleh bergurau pasal tu lagi, dengan tak bersalahnya. memang hero dengan heroin kawin lepas tu. tapi..... kenapa nak gambarkan sucinya cinta diorang sampai macam tu sekali? adehhh...

bukan aku nak memburukkan novel orang. aku pon taktau novel apa yang member aku cerita ni. tapi, nampak tak apa implikasi kat orang lain. adik kawan aku tu bukan la kecik pon. dalam form 4 atau form 5 jugak. mungkin dia tau berzina tu haram, tapi dia baca novel, orang buat releks je dengan isu berzina, tak ke pening budak tu? konpius. mungkin orang akan marah, 'hah, budak tu sekolah lagi, buat apa bagi baca novel?' jawapan aku senang, dah kalau dia memang minat membaca novel, nak nak pulak novel tu jual kat kedai buku, macam mana nak sekat. susah jugak nak tapis novel-novel melayu. lagi-lagi kalau dapat kakak payah baca novel macam aku.

aku nak petik ayat sis Hajar, '...sebenarnya kitalah yang sedang menzalimi diri kita sendiri...' betul. setuju. infinitely. 

dan jangan sampai rasa malu kita hilang.
dan jangan sampai masalah sosial makin teruk dan kajian kata penyumbang utama - novel
untuk pembaca, tapis selagi boleh. baca novel cinta tak salah, tapi ambik yang baik,
yang buruk, jangan amalkan. jangan sampai bermimpi. sebab mimpi hilang saat mata terbukak
untuk penulis, jangan sampai bahu kiri berat dengan dosa menulis
dan jangan sampai cerita porno takperlu beli cd blue atau download kat internet
tapi, boleh dapat dalam novel [porno terang-terang HARAM kan]
jangan sampai satu masa nanti, ada yang berkata 'jom beli porno kat kedai buku!'

maaf kalau terlalu direct. tak reti kona-kona
maaf kalau ada yang tak setuju
after all, kata hati aku, tak sama dengan kata hati kau kan?
^_^

Tuesday, March 19, 2013

otak yang penat, perut yang lapar



aku pemalas. well, semua orang tau. haha. dan aku penat otak. sebab banyak sangat benda nak kena submit. lagi-lagi dah nak dekat sangat dengan final ni.

selama ni kalau aku stress, aku makan. aku sedih, aku makan. aku penat, aku makan. aku gembira, aku makan. senang kata, aku memang bercinta dengan makanan. abang aku kata, aku dulu lahir kembar dengan kawah nasik. and alhamdulillah, badan aku memang tak naik-naik walau banyak mana pun aku makan. tambah-tambah aku ada penyakit 'hyperactive' yang takboleh duduk diam. aku duduk diam dan behave waktu makan dan tidur je haa.

TAPI! berat aku naik gila gila gila semenjak dua menjak ni. everytime aku naik penimbang, rasa nak baling je penimbang tu ke dinding. kakak aku kata aku dah besar. dah girly girly ohh emm gee. sebab aku dah start risau dengan berat badan aku. sebelum ni, aku sangat 'peduli hape' dengan berat aku sendiri.

aku nak cuba hobby baru. yang boleh menenangkan stress aku selain makan, makan, makan, swimming, makan lagi, travel, makan lagi. aku syak aku kena buat something yang boleh distract aku dari makanan dan tak menyebabkan aku lapar. iaitu, merepek kat sini. menulis di blog di setiap ada kelapangan dan release stress, supaya aku tak habiskan masa terluang aku dengan boyfriend aku iaitu.... encik makanan.


semoga aku berjaya. haha!

Thursday, February 21, 2013

belajar dan di ajar

malam-malam macam ni, minom kopi o ais memang pilihan aku sejak aku putus cinta dengan nescafe. awal-awal memang sedih gila. kalau 'bercinta' sejak aku kenal ada warna, tiba-tiba kena putuskan hubungan, harus frust berhari-hari. akhirnya kopi menjadi boyfriend terbaik aku. ok. merapu.

first attempt aku hantar tulisan aku yang busuk ke penulisan2u dapat kritikan membina yang membuatkan aku tersenyum. syukur. alhamdulillah. walaupun aku bukan penulis, aku tetap menghargai komen kalian. aku perapu, mungkin? :)

dalam aku tergelak baca komen-komen pembaca yang bagi aku sangat manis, ada jugak benda yang buat aku terfikir. berfikir dengan serius, maksud aku. dan ni tak ada kaitan pun dengan tulisan aku. ini berkaitan dengan kehidupan. mungkin bukan kehidupan orang lain, tapi SANGAT berkaitan dengan hidup aku.

hormat. atau orang kampung aku panggil, respect. emm. orang selalu kata, hormat orang tua. atau nak dramatik lagi, 'hormat sikit. aku tua dari kau'. aha. kita oh mungkin bukan kita, tapi aku. ye aku. aku terdidik dari kecik untuk hormat gila-gila dengan orang tua. mak ayah aku sangat sangat menitik beratkan benda ni. serius. bab ni kau jangan buat main dengan ayah aku kalau taknak hilang kepala.

hormat tu maksudnya jangan cakap kasaq dengan orang tua, kalau orang tua cakap tak boleh bantah, kalau orang tua datang, kita kena bagi orang tua duduk tempat selesa, kalau orang tua bergurau dengan kita, takboleh balas dengan gurauan kasaq dan sebagainya. emm baguslah. memang bagus pun semua ni. tak bukan sarkastik. kalau aku ada anak, aku pun akan didik anak aku supaya hormat orang tua, cuma mungkin cara aku lain, tak typical hormat yang macam aku senaraikan kat atas.mungkin orang kata aku rebel. ah suka hatilah orang nak kata apa. tapi suka hati jantung hempedu aku jugak nak memberi pendapat aku yang datang dari hati kecik haha.

bagi aku senang je, hormat tu kau tak dapat senang-senang dengan cakap "aku tua dari kau, so kau wajid hormat aku". orang macam ni bagi aku patut kena rendam dalam clorox 7 hari 7 malam bagi sedar diri sikit. prinsip aku, kau nak orang respect kau, kau respect orang dulu. simple. tapi susah kan? sebab dalam kepala kita memang dah terpasak pepatah "yang tua kita hormati, yang muda kita sayangi". patutnya diubah jadi "yang tua mahupun muda, kita hormati dan sayangi" baru kena konsep. sayang dan hormat datang sekali. tak boleh pisah-pisah. bila kita sayang orang tu, otometik kita respect dia. kan?

RG Risch kata “Respect is a two-way street, if you want to get it, you've got to give it.” haa celah mana kau tak faham lagi? bukan la maksud aku kalau ada orang tua, kita takpayah respect dia dulu, biar dia respect kita dulu. aku bercakap dalam konteks yang general. semua orang. tua mahupun muda.

orang layan kita macam mana kita layan dia. contohnya dengan budak kecik, kalau kau asyik kasar-kasar dengan dia, jangan la berangan lepastu dia nak sayang kau. otomatik, jangan mimpi la dia nak respect kau. tak percaya, cuba try kat mana-mana budak kecik. sama jugak dengan orang besar pun. jangan mengharapkan orang akan cakap elok-elok dengan kita kalau kita cakap kasar-kasar dengan orang. as simple as that!


ada jugak orang yang berlainan masalah. dia dah cukup baik, cukup sopan, cukup lemah-lembut. tapi still, orang cakap kasar-kasar dengan dia. orang tak nak hormat dia. kenapa? well, senang je. cuba ingat balik, refresh masa lalu kau. ada tak kau buat kat orang macam tu. kalau takde, maknanya kau dalam kes yang istimewa. orang tu yang bermasalah. ujian Allah. doa la banyak-banyak.

pantang untuk aku bila aku cakap elok-elok orang jawab kasar-kasar. SANGAT pantang. walaupun dia tua dari aku. nescaya aku susah nak bercakap dengan dia dah. bukan berdendam tapi aku taknak hati aku bertambah marah bila bercakap dengan dia lagi. semoga Allah jauhkan aku dari sikap tu.

and and and, rakan-rakan, kalau la kau nak bergurau dengan orang, lagi-lagi orang yang lagi muda dari kau, fikir dulu. cakap kat diri sendiri 'aku nak ke budak ni bergurau dengan aku macam cara aku bergurau dengan dia'. haa kalau kau rasa kalau dia bergurau sama macam cara kau bergurau tu kurang ajar, JANGAN BERGURAU DENGAN DIA MACAM TU. kalau kau tak kesah sebab kau rasa tu salah satu cara gurau-gurau manja, teruskan niat murni kau :)

 (kalau kau taknak tua-tua nanti anak kau buat kau jadi nuget, jangan buat anak kau jadi burger waktu baby)

hindari perasaan marah dengan tak buat orang marah dengan kita
xoxo

Saturday, January 19, 2013

Travel Mravel Bravel~

Last minute vacation ohh i mean vacationsss haha. Melaka, Langkawi and Sabah. Kakak aku bawak kawan-kawan minah salleh dia berjalan and aku jadi kedi (sobs sobsss).

Next entry untuk Biru akan sedaya upaya aku post dalam perjalanan aku mencari hati (ehhhh hahaha)

Till then!

Thursday, January 3, 2013

keluh kesah mengesah

ini entry yang penuh dengan keluh kesah. ye aku nak mengadu domba hewhewhew.

aku tengah berat kepala pasal nak final. dengan project, assignment yang tiada kesudahan. tapi alhamdulillah, still manage lagi. tengah-tengah berat kepala, urat-urat nak pecah, datang 1001 dugaan. dan alhamdulillah, still manage. tapi, dalam manage manage pon, aku hampir kecundang. yes, i'm talking about my situation, now.

siapa tau, dalam kasar hoi hoi, aku ada hati lagi. bukannya heartless macam kata Kenya West and The Fray. ye, aku tengah dalam major disappointment. tak tau la term yang aku guna betul atau tak, who cares. sedih kan kalau ada orang berjanji, berjanji yang beria, dan kita pecaya, dan kita pegang dengan janji tu, dan akhirnya, janji di langgar. oleh orang yang berjanji. Allahu Rabbi. dan hanya Allah je yang tau macam mana rasa frustnya.

aku menulis bukan untuk meraih perhatian (i don't think anyone will read this), but again, who cares. aku menulis menulis dan menulis sebab realitinya, aku bukan manusia yang pandai bercerita pasal rasa hati aku kat orang lain. in fact, aku tak reti menangis. itu bukan sesuatu yang dibanggakan. itu satu dugaan untuk aku. rasa nak menangis nak meraung, tapi tak ada air mata yang keluar. sakit. SANGAT. aku bukan orang yang konon-kononnya kuat, tak menangis depan orang or whatsoever. aku tak ada air mata untuk menangis. sakitnya, cuma Allah yang tau. and alhamdulillah, inilah dugaan untuk aku.

a very wise man once said, 'kasih sayang yang sebenar bila kita sayang orang tu, kita nak dia bahagia, walaupun bukan dengan kita'.dan sekarang, aku mula berfikir. is it true? even kita rasa betrayed? macam mana nak maafkan dan redha? dalam keadaan jiwa kacau, otak aku mula berfikir secara kurang waras dan langsung tak rasional haha. mula la syaitooonnn menari-nari atas kepala kahkahkah.

apa yang aku cuba sampaikan satu je sebenarnya, jangan berjanji kalau kita tau kita takkan berusaha untuk laksanakan janji. jangan berjanji dengan sesuatu yang tak pasti. seriously, berjanji, memegang janji dan melaksanakan janji bukan sesuatu yang mudah. susah. SANGAT. sifat manusia, pelupa. itu fitrah manusia. bila kita berjanji, kita memegang hati orang tu. fikir dulu sebelum berjanji.

ingatan untuk aku dan semua makhluk, salah satu sifat munafik, bila berjanji, memungkiri. jangan kita termasuk dalam golongan tu, ameenn. Allah bless :)