Tuesday, June 19, 2012

Perwira

 

Semalam (Ahad) sehari suntuk join Seminar 1453 Al-Fateh. Secara general aku sangat suka seminar ni. Tak tak. Aku bukan nak bagi komen pasal program ni. Cuma, aku bersyukur sangat,  makin ramai yang anjurkan program Islamik macam ni. Alhamdulillah Alhamdulillah. Kalau aku cakap aku suka pegi program-program macamni, maksud aku, program-program yang berbentuk perbentangan macam ni. Aku tau ada orang respon macam ni,

"Kau pegi program-program macam ni. Tak funlah kau ni."

Atau kalau aku kata aku suka pegi program perbentangan Islamik, respon yang aku dapat,

"Alimnya pegi program macam ni~~"

Tak fun? Sebab aku terlampau mengejar 'fun' lah aku pergi program-program macam ni. Sebelum 'fun' tu tolak aku terus masuk neraka, jiwa aku perlukan pengisian yang orang kata tak fun ni. Somehow, jiwa aku rasa fun. Alim? Kalau orang kenal aku, tak mungkin orang kata aku alim. Dan sebab ketidak aliman aku tu, aku suka pegi program yang sentiasa ingatkan aku tentang orang-orang alim.

Dan aku manusia yang sangat memilih. Aku takkan pegi program atau talk yang aku rasa penceramah tak best yang boleh menyebabkan aku tidur. Sebab ia sangat memalukan aku. Bila aku kata tidur, sila tau yang aku juara tidur, di mana-mana, bila-bila masa dan bergaya bebas. Sebelum aku pegi mana-mana talk atau program, aku akan tanya orang-orang yang kenal penceramah ni, dapat feedback best baru aku pegi. Ye, aku manusia normal yang cepat bosan.

Ok, sambung cerita pasal Seminar 1453 Al-Fateh. Betol kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Oh aku dah jatuh cinta haha. Selama ni aku cuma tau Al-Fateh adalah hamba Allah yang tawan Constantinople je. Dan baru semalam aku tau Constantinople tu Istanbul kat Turki. Ye, aku lemah general knowledge. Dan semalam baru aku tau pasal perjalanan Al-Fateh sebelum, semasa dan selepas menawan Constantinople.

Aku terasa betapa rendahnya aku bila tau Al-Fateh dah berazam untuk tawan Constantinople sejak kecik lagi. Waktu Sultan Al-Fateh memangku takhta ayahanda dia, Sultan Murad yang bercuti, dia baru umur 12 tahun, tapi dia boleh declare yang dia nak tawan Constantinople. 12 tahun. 12 tahun! Weh, waktu aku 12 tahun, sebok tolong jadi posmen cinta kawan-kawan aku yang konon-kononnya couple. Puiiii. Malunya aku.

Ada satu perkara yang sangat bermakna yang aku belajar daripada kisah Al-Fateh ni. Beberapa hari sebelum Sultan Al-Fateh dan tentera Islam yang awesome tawan Constantinople, terjadi tragedi ramai tentera Islam syahid diserang tentera Byzantine. Time tu Sultan Al-Fateh down. Down sangat-sangat sampai dia nak give up dah. Tapi alhamdulillah, kata-kata semangat daripada Sheikh Aq Shamsuddin, tok guru kepada Sultan Al-Fateh menyebabkan Sultan Al-Fateh semangat balik dan akhirnya berjaya tawan Constantinople. Ye, tak kira sehebat manapun manusia tu, dia tetap ada masanya yang dia jatuh, nak give up. Sebab tu kita kena ada orang yang boleh tarik kita bila kita jatuh. Dan alhamdulillah, aku ada ramai yang nak tolong tarik aku. Syukur ya Allah :')

Surah Al-Fath ayat pertama, ayat kegemaran Sultan Al-Fateh, harini menjadi ayat semangat untuk aku :)


 
" Verily We have granted thee a manifest Victory"

Janji Allah satu kepastian. Kalau janji manusia ada 2 pilihan, tunai atau tak. Tapi janji Allah tak pernah ada pilihan. Sentiasa satu kepastian.

p/s : Semoga bakal zuriat-zuriat aku dan kalian menjadi Al-Fateh yang membuka kota Romawi yang masih menunggu Sang Perwira. Amin :)

1 comment: